Friday, June 17, 2011

MEMPERKASAKAN ADAB DALAM BEKERJA

peserta ceramah
Adab merupakan elemen penting dalam kehidupan. Adab anak dengan ibubapa, antara murid dan guru, antara bos dengan pekerja, antara pekerja dengan pelanggan. Di zaman mutakhir ini,adab semakin hilang dalam diri manusiawi. Manusia semakin ligat dengan urusan dunia, bekerja dan terus bekerja tanpa mempedulikan nilai adab terhadap orang lain yang berada di sekeliling.

Isu biadap dengan ibubapa, kurang mesra dengan pelanggan sering kali terpampang di media massa dan elektronik. Dimana silapnya, ramai berkelulusan tinggi tapi belum menjamin seseorang itu mempunyai adab atau budi pekerti yang mulia.

Menurut Prof. Dato' Dr.Sidek Baba dalam ceramah beliau bertajuk "Memperkasakan Adab Dalam Bekerja", beliau menegaskan pembinaan adab bermula dari institusi keluarga. Dalam tempoh pembesaran anak-anak dari bayi hingga 7 tahun merupakan tempoh kritikal ibu bapa menyiapkan imuniti kepada anak-anak dengan iman dan islam. Penekanan akidah yang betul mampu membina watak anak kecil yang sentiasa patuh pada penciptanya dalam setiap gerak laku mereka dan seterusnya melahirkan anak yang taat dan hormat pada ibubapanya.

Anak yang kenal dan takut Allah, mudah dibentuk peribadinya untuk memperkasakan adab berbanding anak yang hanya takut pada ibu bapa semata-mata. Jangan kita sekali-kali mematikan persolan yang sering anak-anak lontarkan berkaitan Allah. tetapi gunalah analogi yang mampu membuatkan anak berfikir sejenak kebenarannya.

Pekerja perlu mengaplikasikan adab di tempat kerja lebih-lebih lagi dalam sektor kesihatan seperti PPUM. Dengan sikap sopan santun, banyak mempengaruhi pelanggan dan pesakit yang ada di PPUM. Layanan yang baik di kaunter-kaunter pertanyaan mampu memberi imej yang baik kepada PPUM. Seperti falsafah " first impression is a lasting impression". Layanan pesakit di wad adalah keutamaan yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ekspresi muka yang penuh dengan senyuman dan layanan mesra petugas hospital mampu melenyapkan seketika kesakitan yang ditempuhi pesakit. Kata-kata semangat petugas akan menjadi nadi kekuatan pesakit untuk sembuh dari penderitaan mereka selama ini. Namun, realitinya masih terlalu jauh.....

Tiada istilah mustahil dalam kamus orang yang ingin berubah. Berubahlah... kerana perubahan itu akan bermula dari diri kita sendiri. Orang yang sentiasa merasa kekurangan dalam dirinya dan berazam untuk berubah dan memperbaiki diri, dia sebenarnya sedang menuju jalan kejayaan. Adab tidak akan datang sendiri sebaliknya ia perlu dicanai dan dibentuk. Selamat berjaya.......

prof dato' dr sidek baba


No comments:

Post a Comment