Friday, June 17, 2011

MEMPERKASAKAN ADAB DALAM BEKERJA

peserta ceramah
Adab merupakan elemen penting dalam kehidupan. Adab anak dengan ibubapa, antara murid dan guru, antara bos dengan pekerja, antara pekerja dengan pelanggan. Di zaman mutakhir ini,adab semakin hilang dalam diri manusiawi. Manusia semakin ligat dengan urusan dunia, bekerja dan terus bekerja tanpa mempedulikan nilai adab terhadap orang lain yang berada di sekeliling.

Isu biadap dengan ibubapa, kurang mesra dengan pelanggan sering kali terpampang di media massa dan elektronik. Dimana silapnya, ramai berkelulusan tinggi tapi belum menjamin seseorang itu mempunyai adab atau budi pekerti yang mulia.

Menurut Prof. Dato' Dr.Sidek Baba dalam ceramah beliau bertajuk "Memperkasakan Adab Dalam Bekerja", beliau menegaskan pembinaan adab bermula dari institusi keluarga. Dalam tempoh pembesaran anak-anak dari bayi hingga 7 tahun merupakan tempoh kritikal ibu bapa menyiapkan imuniti kepada anak-anak dengan iman dan islam. Penekanan akidah yang betul mampu membina watak anak kecil yang sentiasa patuh pada penciptanya dalam setiap gerak laku mereka dan seterusnya melahirkan anak yang taat dan hormat pada ibubapanya.

Anak yang kenal dan takut Allah, mudah dibentuk peribadinya untuk memperkasakan adab berbanding anak yang hanya takut pada ibu bapa semata-mata. Jangan kita sekali-kali mematikan persolan yang sering anak-anak lontarkan berkaitan Allah. tetapi gunalah analogi yang mampu membuatkan anak berfikir sejenak kebenarannya.

Pekerja perlu mengaplikasikan adab di tempat kerja lebih-lebih lagi dalam sektor kesihatan seperti PPUM. Dengan sikap sopan santun, banyak mempengaruhi pelanggan dan pesakit yang ada di PPUM. Layanan yang baik di kaunter-kaunter pertanyaan mampu memberi imej yang baik kepada PPUM. Seperti falsafah " first impression is a lasting impression". Layanan pesakit di wad adalah keutamaan yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ekspresi muka yang penuh dengan senyuman dan layanan mesra petugas hospital mampu melenyapkan seketika kesakitan yang ditempuhi pesakit. Kata-kata semangat petugas akan menjadi nadi kekuatan pesakit untuk sembuh dari penderitaan mereka selama ini. Namun, realitinya masih terlalu jauh.....

Tiada istilah mustahil dalam kamus orang yang ingin berubah. Berubahlah... kerana perubahan itu akan bermula dari diri kita sendiri. Orang yang sentiasa merasa kekurangan dalam dirinya dan berazam untuk berubah dan memperbaiki diri, dia sebenarnya sedang menuju jalan kejayaan. Adab tidak akan datang sendiri sebaliknya ia perlu dicanai dan dibentuk. Selamat berjaya.......

prof dato' dr sidek baba


Saturday, April 23, 2011

Menangani Stress


Suasana dalam kursus

Pada Februari lalu, satu ceramah sehari berkaitan dengan pengurusan stres & masa telah diadakan di dewan sekapur sirih. penceramah yang dijemput adalah puan azlina, konsultan luar. Beliau telah memberi banyak tips bagi menguruskan stres dan masa. antaranya kaedah melihat keutamaan dalam urusan seharian kita. contohnya yang penting tetapi segera dan yang penting tetapi tak segera. Setiap manusia tidak terlepas dari stres, cuma bukan stres yang melampau.Sebagai petugas hospital, kita harus mengawal stres kita dengan baik khususnya pada pelanggan yang ada pelbagai kerenah. Kesabaran yang tinggi serta bijak menggunakan masa secara efektif mampu menyumbang kearah mengawal stres selain penjagaan dan pengambilan makanan yang seimbang. Kurang stres pasti hidup lebih bahagia dan ceria. selamat beramal......

Kempen Tanpa Polisterina

Replika Kempen bebas penggunaan polisterina


Info Kempen

Baru-baru ini PPUM telah melancarkan satu kempen iaitu kempen bebas penggunaan polisterina bagi meningkatkan kesedaran pada warga PPUM serta pengunjung/pelawat tentang bahaya polisterina kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Semua premis makanan di PPUM tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan polisterina. Semoga kempen ini akan terus success.....

Bapa Borek Anak Rintik



Bapa borek anak rintik sentiasa sinonim dalam isu kekeluargaan.ust. sabri ab rani telah mengupas isu ini dalam satu siri ceramah pembinaan insan pada mac lalu. beliau sentiasa membawa memberi penekanan dalam aspek pewatakan ayah ibu sebagai role model utama pada anak. anak akan mudah terkesan dengan tindakan ayah ibu. contohnya anak kecil yang melihat ayah yang mengambil botol minuman daripada peti ais, lalu minum dan meletakkan semula botol kosong dalam peti. anak mengikut perlakuan itu kerana dia beranggapan ayah boleh buat kenapa aku tak boleh buat begitu. bidalan ini harus dilihat dari sudut positif. kita sebagai ayah ibu harus menjaga tingkah laku kita samaada di depan anak-anak atau tidak kerana perlakuan kita akan mudah terkesan pada anak-anak. sama-sama lah kita buat yang terbaik pada anak-anak pasti kita peroleh kebaikan itu semula di suatu masa nanti. 

Tuesday, April 12, 2011

INDAHNYA BILA KITA IKHLAS

Pada 24 Februari 2011, satu ceramah telah dianjurkan oleh jabatanku dengan tajuk "Indahnya bila kita ikhlas". Ceramah ini telah disampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Dr.Robiah K Hamzah. Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh warga PPUM. Terima kasih Dr. Robiah atas segala ilmu dan nasihat yang dicurahkan. Bukan senang untuk ikhlas, tetapi ikhlas akan terpancar melalui kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan amanah yang diberi.

Selamat bertugas kepada warga PPUM dengan ikhlas... kerana indahnya kerja kita bila kita ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia. pasti kita akan berjaya dunia dan juga akhirat.

Tuesday, December 28, 2010

CABARAN PENUNTUT ILMU & ILMUAN MASAKINI

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali sahabat sekalian.

Ilmu sentiasa menjadi keutamaan bagi kita dalam meningkatkan kualiti pemikiran dan seterusnya menjana gerak kerja yang lebih berkualiti setiap masa dan ketika.Tanpa ilmu ibarat pohon tidak berbuah yang tak dapat memberi manfaat pada orang lain. Jika kita tiada apa-apa macammana kita nak memberi....

Saya ingin menukilkan sedikit daripada apa yang saya dapat dari khutbah Jumaat baru-baru sebagai ingatan untuk kita. Khatib menyentuh isu berkaitan para pelajar yang tidak fokus dengan ilmu, belajar sekadarnya, cukup-cukup makan sahaja keputusannya. Itulah realitinya yang berlaku dalam dunia generasi pelajar muslim masakini. Cabaran besar sentiasa menunggu mereka dalam usaha mereka dalam menuntut ilmu. Ilmu sekadar untuk memenuhi tuntutan peperiksaan semata tanpa mereka sedar ilmu itulah yang akan memandu mereka pada masa akan datang.

Bila mereka melangkah ke alam kerjaya, mereka membawa ilmu ala- kadar ini dalam pelbagai lapangan termasuk lapangan agama. Maka berlakulah masalah apabila mereka diminta memberi sesuatu hukum atau keputusan, mereka memberi hukum yang tidak tepat pada landasan ilmu yang sepatutnya.

Begitu juga para ilmuan, mereka berdepan cabaran yang getir di akhir zaman ini. Mereka sering dilabel golongan yang penting dalam masyarakat dalam menentukan arahtuju dalam sesuatu isu. Tidak hairanlah golongan ilmuan sentiasa menjadi rebutan ramai pihak.

Dr. Yusof Al-Qardawi ada menjelaskan dalam sebuah bukunya tentang cabaran golongan ilmuan ini iaitu:-
1) daripada pemerintah yang rakus menggunakan para ilmuan dalam menyokong dasar yang dilaksanakan.
2) daripada rakyat yang rakus untuk menyokong idea dan pendapat mereka.

Golongan ilmuan sepatutnya mempunyai pandangan yang jelas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak sebaliknya sentiasa berada di landasan kebenaran walau apa pun halangan dan rintangan yang perlu dihadapi.

Contohnya Dr. Said Ramadhan Al-Bhuti pernah dicela dan dicemuh kerana berlainan pendapat dengan rakyat Algeria yang menentang pemerintah mereka pada 20 tahun yang lalu. Baru hari ini mereka sedar bahawa pendapat ulama ini adalah benar dan tepat.

Justeru itu, jadilah diri kita pencinta ilmu yang sentiasa mencari ilmu yang benar, meletakkan ilmunya di hadapan berbanding emosi dan akal semata. Moga-moga ilmu yang kita miliki diberkati Allah dan akan memberi manfaat pada Ummah dan dunia sejagat.

Wednesday, December 22, 2010

SINONIM MUHARRAM DAN HIJRAH

Salam Ukhuwwah Sahabat Sekalian

Sempena Muharram 1432H, rasa terpanggil untuk terlibat dengan blog dan FB walaupun sebelum ini rasa malas untuk menulis dan berchatting. Mungkin ada antara kita yang terlibat 2-3 tahun yang lalu, tapi saya baru nak melangkah ke arena ini seolah-olah seperti anak baru bertatih. Biarlah apa orang kata, terlambat lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Ketika saya duduk mendengar kuliah zohor di surau tempat saya bekerja yang disampaikan oleh seorang ustaz dari NS, topiknya biasa saje berkaitan hijrah. kena pulak bulan ni bulan Muharram, ke mana kita pergi, inilah topik yang selalu diulang2 oleh para mualim. Saya cuba positifkan fikiran, bait demi bait yang diungkap semakin menarik. biarpun tiada humor dan lawak jenaka di dalamnya tapi ianya sarat dengan nasihat yang amat berguna untuk kita bangkit sebagai umat Muhammad SAW yang berjaya di dunia dan akhirat, yang mana akhir matlamat kita nanti beroleh reda dan syurga Allah.

Antara intipati kuliah beliau ialah matlamat hijrah itu adalah terbinanya Daulah Islamiyyah. Kenapa pentingnya Daulah ini? daulah inilah yang akan mampu melaksanakan segala yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran Al-karim. Sebab itulah, setiap individu muslim hari ini sekurang-kurangnya perlu meletakkan niat serta azam untuk melihat Daulah Islamiah ini tertegak di bumi bertuah ini. Jika belum pernah berniat, mulakanlah.... kerana kita masih belum terlambat.

Dalam usaha kita untuk berhijrah, bersihkan batin dan zahir kita, perbaiki hubungan kita dengan pencipta kita, perbaiki juga hubungan kita dengan sesama insan, banyakkan menginsafi diri atas segala macam kesilapan yang kita pernah lakukan, banyakkan berlapang dada dan sedia memaafkan orang lain. Janganlah kita terlalu berharap kepada kesempurnaan dalam dunia fana ini, hari ini kita berada di atas, esok belum tentu lagi, hari ini kita betul, esok ada silapnya.... itulah asam garam dunia.

Carilah bekalan akhirat tapi jangan lupakan dunia. Dunia ini tempat bercucuk tanam, hasilnya kita akan tuai di alam yang kekal abadi......

Mulakanlah hijrah kita dengan perkara yang mudah tapi hakikatnya amat berat iaitu sebarkan salam bukan hanya pada yang kenal tapi pada insan lain yang bergelar Muslim.... Moga Dunia ini akan bertambah sejahtera dan harmoni.... Selamat Beramal..... Pasti Ada Kebaikannya.....