Wednesday, December 22, 2010

SINONIM MUHARRAM DAN HIJRAH

Salam Ukhuwwah Sahabat Sekalian

Sempena Muharram 1432H, rasa terpanggil untuk terlibat dengan blog dan FB walaupun sebelum ini rasa malas untuk menulis dan berchatting. Mungkin ada antara kita yang terlibat 2-3 tahun yang lalu, tapi saya baru nak melangkah ke arena ini seolah-olah seperti anak baru bertatih. Biarlah apa orang kata, terlambat lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Ketika saya duduk mendengar kuliah zohor di surau tempat saya bekerja yang disampaikan oleh seorang ustaz dari NS, topiknya biasa saje berkaitan hijrah. kena pulak bulan ni bulan Muharram, ke mana kita pergi, inilah topik yang selalu diulang2 oleh para mualim. Saya cuba positifkan fikiran, bait demi bait yang diungkap semakin menarik. biarpun tiada humor dan lawak jenaka di dalamnya tapi ianya sarat dengan nasihat yang amat berguna untuk kita bangkit sebagai umat Muhammad SAW yang berjaya di dunia dan akhirat, yang mana akhir matlamat kita nanti beroleh reda dan syurga Allah.

Antara intipati kuliah beliau ialah matlamat hijrah itu adalah terbinanya Daulah Islamiyyah. Kenapa pentingnya Daulah ini? daulah inilah yang akan mampu melaksanakan segala yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran Al-karim. Sebab itulah, setiap individu muslim hari ini sekurang-kurangnya perlu meletakkan niat serta azam untuk melihat Daulah Islamiah ini tertegak di bumi bertuah ini. Jika belum pernah berniat, mulakanlah.... kerana kita masih belum terlambat.

Dalam usaha kita untuk berhijrah, bersihkan batin dan zahir kita, perbaiki hubungan kita dengan pencipta kita, perbaiki juga hubungan kita dengan sesama insan, banyakkan menginsafi diri atas segala macam kesilapan yang kita pernah lakukan, banyakkan berlapang dada dan sedia memaafkan orang lain. Janganlah kita terlalu berharap kepada kesempurnaan dalam dunia fana ini, hari ini kita berada di atas, esok belum tentu lagi, hari ini kita betul, esok ada silapnya.... itulah asam garam dunia.

Carilah bekalan akhirat tapi jangan lupakan dunia. Dunia ini tempat bercucuk tanam, hasilnya kita akan tuai di alam yang kekal abadi......

Mulakanlah hijrah kita dengan perkara yang mudah tapi hakikatnya amat berat iaitu sebarkan salam bukan hanya pada yang kenal tapi pada insan lain yang bergelar Muslim.... Moga Dunia ini akan bertambah sejahtera dan harmoni.... Selamat Beramal..... Pasti Ada Kebaikannya.....

No comments:

Post a Comment