Saturday, April 23, 2011

Menangani Stress


Suasana dalam kursus

Pada Februari lalu, satu ceramah sehari berkaitan dengan pengurusan stres & masa telah diadakan di dewan sekapur sirih. penceramah yang dijemput adalah puan azlina, konsultan luar. Beliau telah memberi banyak tips bagi menguruskan stres dan masa. antaranya kaedah melihat keutamaan dalam urusan seharian kita. contohnya yang penting tetapi segera dan yang penting tetapi tak segera. Setiap manusia tidak terlepas dari stres, cuma bukan stres yang melampau.Sebagai petugas hospital, kita harus mengawal stres kita dengan baik khususnya pada pelanggan yang ada pelbagai kerenah. Kesabaran yang tinggi serta bijak menggunakan masa secara efektif mampu menyumbang kearah mengawal stres selain penjagaan dan pengambilan makanan yang seimbang. Kurang stres pasti hidup lebih bahagia dan ceria. selamat beramal......

2 comments:

  1. assalamualaikum eazzat..
    antara yang mendorong kepada stress ini ialah was-was syaitan.. apabila kita melakukan sesuatu dengan keraguan.. tetapi apabila hilang keraguan, akan datang yaqin.. bila dah yaqin, hati menjadi tenang.. bila hati dah tenang stress pun hilang.. ke guane?

    ReplyDelete
  2. dari pandangan islam itulah yang sebaiknya, ragu dengan qada' dan qadar Allah, kurang perasaan reda dengan tugas yang diamanahkan akan melahirkan tekanan atau stres dalam bekerja. Sebagai seorang muslim, tekanan perlu diambil secara positif sebagai dorongan untuk melakukan yang lebih baik. terima kasih atas kesudiaan ustaz berkongsi pandangan tentang article stres ini.

    ReplyDelete