Tuesday, December 28, 2010

CABARAN PENUNTUT ILMU & ILMUAN MASAKINI

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali sahabat sekalian.

Ilmu sentiasa menjadi keutamaan bagi kita dalam meningkatkan kualiti pemikiran dan seterusnya menjana gerak kerja yang lebih berkualiti setiap masa dan ketika.Tanpa ilmu ibarat pohon tidak berbuah yang tak dapat memberi manfaat pada orang lain. Jika kita tiada apa-apa macammana kita nak memberi....

Saya ingin menukilkan sedikit daripada apa yang saya dapat dari khutbah Jumaat baru-baru sebagai ingatan untuk kita. Khatib menyentuh isu berkaitan para pelajar yang tidak fokus dengan ilmu, belajar sekadarnya, cukup-cukup makan sahaja keputusannya. Itulah realitinya yang berlaku dalam dunia generasi pelajar muslim masakini. Cabaran besar sentiasa menunggu mereka dalam usaha mereka dalam menuntut ilmu. Ilmu sekadar untuk memenuhi tuntutan peperiksaan semata tanpa mereka sedar ilmu itulah yang akan memandu mereka pada masa akan datang.

Bila mereka melangkah ke alam kerjaya, mereka membawa ilmu ala- kadar ini dalam pelbagai lapangan termasuk lapangan agama. Maka berlakulah masalah apabila mereka diminta memberi sesuatu hukum atau keputusan, mereka memberi hukum yang tidak tepat pada landasan ilmu yang sepatutnya.

Begitu juga para ilmuan, mereka berdepan cabaran yang getir di akhir zaman ini. Mereka sering dilabel golongan yang penting dalam masyarakat dalam menentukan arahtuju dalam sesuatu isu. Tidak hairanlah golongan ilmuan sentiasa menjadi rebutan ramai pihak.

Dr. Yusof Al-Qardawi ada menjelaskan dalam sebuah bukunya tentang cabaran golongan ilmuan ini iaitu:-
1) daripada pemerintah yang rakus menggunakan para ilmuan dalam menyokong dasar yang dilaksanakan.
2) daripada rakyat yang rakus untuk menyokong idea dan pendapat mereka.

Golongan ilmuan sepatutnya mempunyai pandangan yang jelas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak sebaliknya sentiasa berada di landasan kebenaran walau apa pun halangan dan rintangan yang perlu dihadapi.

Contohnya Dr. Said Ramadhan Al-Bhuti pernah dicela dan dicemuh kerana berlainan pendapat dengan rakyat Algeria yang menentang pemerintah mereka pada 20 tahun yang lalu. Baru hari ini mereka sedar bahawa pendapat ulama ini adalah benar dan tepat.

Justeru itu, jadilah diri kita pencinta ilmu yang sentiasa mencari ilmu yang benar, meletakkan ilmunya di hadapan berbanding emosi dan akal semata. Moga-moga ilmu yang kita miliki diberkati Allah dan akan memberi manfaat pada Ummah dan dunia sejagat.

No comments:

Post a Comment